Monday, 25 February 2013

Book Quill and Ink Animation
                                                                                                                                                                                                                  
 Sejarah Kanada



Penghuni pertama di Kanada adalah penduduk asli orang-orang aborigin, yang diperkirakan tiba dari Asia ribuan tahun yang lampau melalui daratan yang menjadi jembatan antara Siberia dan Alaska. Empat ratus tahun yang lalu, para pengembara dari Perancis dan Inggris mulai menjelajahi negara dengan sungguh-sungguh, Penghunian tetap oleh kedua bangsa ini di mulai pada awal tahun 1600.
Hingga perang dunia ke II, kebanyakan para imigran datang dari Kepulauan Inggris atau Eropa Timur. Tetapi sejak tahun 1945, susunan kebudayaan Kanada semakin beragam dengan meningkatnya jumlah pendatang dari berbagai negara Eropa Selatan, Asia, Amerika Selatan dan Kepulauan Karibia dengan sumbernya terbanyak dari daerah Asia Pasifik.
Dewasa ini, Kanada terdiri atas 10 provinsi dan 2 wilayah, yang kebanyakan dihuni oleh penduduk Kanada yang nenek moyangnya berasal dari hampir segala penjuru dunia. Sensus baru-baru ini menunjukkan bahwa lebih dari 11 juta penduduk Kanada, atau 42 persen dari penduduknya, dilaporkan berlatar belakang suku bangsa yang bukan dari Inggris atau Perancis.











                                                                                                                                                                                     
                                          Video rejim tentera di Brazil
                                                                                                                                                                                                                              
                                        Gambar dari Sejarah China

Sunday, 24 February 2013

                                                                                                                                                                                            
                                           Video sejarah perhambaan di Amerika
                                                                                                                                                                              
                                       Video sejarah tentang Kanada
                                                                                                                                                                                 
                                       Video perang dunia kedua Russia
Guest Book and pen Animation

Sejarah Russia
  
Sejarah Rusia bermula dengan kisah silam kaum Slav Timur dan Fino-Ugrik. Sebuah negara bernama Garðaríki ("alam bandar-bandar") yang berpusat di Novgorod ditubuhkan oleh seorang penghulu Varyag bernama Rurik pada tahun 862 (permulaan tradisi sejarah Rusia). Kievan Rus', negara Slav Timur bersatu yang pertama, ditubuhkan oleh pewaris Rurik, Oleg dari Novgorod pada tahun 882. Negara ini memeluk agama Kristian daripada Empayar Byzantium pada tahun 988, maka bermulanya persepaduan kebudayaan Bizantium dan Slav yang mencorakkan budaya Rusia selama seabad yang seterusnya. Kievan Rus' akhirnya cerai-berai akibat Serangan Mongol terhadap Rus' pada tahun 1237–1240. Ketika itu, munculnya sebilangan kuasa serantau, khususnya Novgorod dan Pskov, yang merebut warisan budaya dan politik Kievan Rus'.
Selepas abad ke-13, Moscow mulai mendominasi bekas pusat kebudayaan itu. Menjelang abad ke-18, Duci Agung Moscow berkembang menjadi Empayar Rusia yang terbentang luas dari Komanwel Poland-Lithuania ke arah timur hingga Lautan Pasifik. Peluasan wilayah ke arah barat mencelikkan lagi kefahaman Rusia akan betapa terpisahnya dariada seluruh Eropah, sekaligus memecahkan keterpencilan yang dialaminya pada awal peluasan. Rejim demi rejim yang bersilih-ganti pada abad ke-19 menangani tekanan sedemikian dengan pembaharuan yang tidak bersungguh-sungguh serta penindasan. Perhambaan di Rusia dimansuhkan pada tahun 1861, tetapi pemansuhan itu tercapai atas dasar-dasar yang tidak menyebelahi kaum petani dan terus menghangatkan lagi tekanan untuk berrevolusi. Dari masa pemansuhan perhambaan hingga meletusnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1914, pembaharuan Stolypin, perlembagaan 1906 dan Duma Negara melakukan perubahan ketara pada ekonomi dan politik Rusia, tetapi tsar (maharaja) masih tidak sanggup melepaskan pemerintahan autokrasi atau berkongsi kuasa.
Revolusi Rusia pada tahun 1917 dicetuskan oleh keruntuhan ekonomi, kelelahan daripada berperang, dan ketidakpuasan hati rakyat terhadap sistem kerajaan autokratik, sehingga pemerintahan beraja diganti oleh kerajaan sementara campuran liberal dan sosialis sederhana, tetapi kegagalan dasar-dasar mereka menyebabkan tampuk pemerintahan jatuh di tangan Bolshevik Komunis pada 25 Oktober. Selama tahun 1922 hinga 1991, Rusia merupakan anggota terbesar Kesatuan Soviet, sebuah negara berasaskan ideologi komunisme yang juga terdiri daripada belasan republik sosialis yang berjiran dengannya di Eropah Timur dan Asia Barat dan Tengah. Bagaimanapun, pendekatan sosialisme yang diamalkan oleh Kesatuan Soviet berbeza-beza dari zaman ke zaman, bermula dengan ekonomi campuran dan kepelbagaian masyarakat dan kebudayaan pada tahun 1920-an yang digantikan oleh ekonomi perancangan pusat dan kezaliman zaman Joseph Stalin hingga "zaman genangan" pada 1980-an. Pada tahun-tahun terawalnya, pentadbiran Kesatuan Soviet berasaskan pemerintahan satu parti Bolshevik atau Komunis mulai tahun 1918.Bagaimanapun, menjelang akhir 1980-an, akibat kelemahan struktur ekonomi dan politik yang makin meruncing, kepimpinan Komunis melakukan pembaharuan besar-besaran yang menyebabkan tumbangnya Kesatuan Soviet.
Semenjak ditubuhkan pada tahun 1991, Persekutuan Rusia diakui sebagai pewaris sah kepada Kesatuan Soviet di mata dunia. Bagaimanapun, Rusia kehilangan taraf kuasa terbesarnya kerana berdepan dengan cabaran getir dalam usahanya untuk membentuk sistem politik dan ekonomi pasca-Soviet yang baru. Dengan menggugurkan ekonomi terancang sosialis dan pemiliknegaraan harta dari zaman Soviet, Rusia cuba membina ekonomi yang berunsur kapitalisme pasaran tetapi tidak kurang mendapat hasil yang memilukan. Sehingga hari ini, Rusia mewarisi banyak kesinambungan budaya politik dan struktur sosialnya daripada zaman silam tsar dan Soviet.

Friday, 1 February 2013

Peta Negara-Negara

 Peta  Negara Amerika Syarikat
 
 
 Peta Negara Brazil
 
 
 Peta Negara Republik Rakyat China
 
 
 Peta Negara Kanada
 
 
 Peta Negara Russia
 
 
 

Monday, 28 January 2013

Senarai lima Negara Terbesar Di Dunia

     Lima negara terbesar di dunia ialah :
  1. Russia
  2. Kanada
  3. Amerika Syarikat
  4. Republik Rakyat China
  5. Brazil